Thursday, April 1, 2010

Perkembangan Diri Kanak-kanak Pertengahan Dan Akhir


Kanak-kanak pertengahan dan akhir mempunyai estim kendiri yang rendah. Ini adalah kerana mereka tidak mempunyai kepercayaan diri yang kuat. Selain itu, kanak-kanak ini juga mudah tersinggung dengan teguran yang diberikan kepada mereka oleh orang lain. selain itu, kanak-kanak pada peringkat ini mempunyai keinginan untuk mencuba sesuatu perkara yang baru bagi mereka. Mengikut teori psikososial Erikson, kanak-kanak pertengahan dan akhir menggunakan teori industry lawan rasa rendah diri iaitu mereka akan lebih focus dalam pembelajaran yang baru dan mereka akan merasa rendah diri jika mereka gagal dalam melakukan pembelajaran tersebut.


Oleh yang demikian, kanak-kanak tersebut memerlukan orang lain untuk menyelesaikan masalah serta untuk membuat keputusan supaya mereka dapat membuat pilihan yang terbaik untuk mereka berjaya. Selain itu, mereka juga cuba untuk menunjukkan bakat yang ada pada diri mereka supaya masyarakat yang berada disekeliling mereka dapat melihat, prihatin dan iuga menyokong bakat yang ada pada diri mereka tersebut. Bukan itu sahaja, kanak-kanak pertengahan dan akhir ini juga ingin dipuji dan diberikan ganjaran apabila mereka berjaya melakukan sesuatu perkara yang diberikan kepada mereka dengan baik.

Dari segi tumbesaran mereka pula, mereka mempunyai peningkatan yang tinggi pada tahap ini jika hendak dibandingkan dengan tahap kanak-kanak awal iaitu tumbesaran kanak-kanak perempuan akan lebih cepat jika dibandingkan dengan tumbesaran kanak-kanak lelaki. Selain itu, cara pemikiran mereka juga turut meningkat pada tahap ini. Kanak-kanak perempuan akan lebih cepat matang bebabnding dengan kanak-kanak lelaki. Seterusnya ialah dari segi penulisan mereka. kanak-kanak pada peringkat pertengahan dan akhir ini akan dapat mengubah tulisan mereka dari saiz besar kepasa saiz yang normal dan lebih cantik dan juga teratur.

Selain itu, kanak-kanak ini juga akan lebih suka keluar rumah berbanding duduk di rumah. Mereka akan menjadi bosan jika berada di rumah. Pada peringkat ini juga, mereka sudah dapat mengingati peristiwa yang terjadi kepada diri mereka dan mereka akan memendam peristiwa yang berlaku kepada mereka itu sendirian tanpa memberitahu kepada sesiapa. Pada diri mereka sendiri, mereka lebih faham apa yang diperkatakan dan diberitahu kepada mereka.

Dari segi pembelajaran mereka pula, mereka akan lebih mahir dan lebih mudah memahami sesuatu perkara itu dengan lebih cepat dan mudah. Pada usia ini, kanak-kanak ini akan menurutr apa sahaja perintah atau arahan yang diberikan kepada mereka. Selain daripada itu, mereka juga akan memberi seluruh perhatian mereka terhadap perkara yang mereka suka.

Mereka juga akan lebih cenderung untuk melakukan sesuatu perkara itu dengan lebih baik danmereka akan saling berlumba-lumba antara satu sama lain untuk menjadi yang terbaik. Dari segi pergaulan mereka pula, mereka lebih suka kawan yang ramai dan mereka juga memilih kawan, serta mereka lebih senang mengungkapkan kata-kata yang benar tanpa memikirkan perasaan orang lain. pada usia ini juga, mereka sudah didedahkan dengan batas-batas pergaulan yang mereka perlu ikuti mengikut agama mereka masing-masing.

No comments:

Post a Comment