Sunday, April 11, 2010

Pengenalan dan Definisi Kanak-kanak

PENGENALAN

Perkembangan dan pertumbuhan membincangkan perkembangan manusia dari peringkat bayi sehingga kematian. Kelakuan manusia dari setiap peringkat adalah sangat berbeza apabila mereka telah mencapai peringkat dewasa. Manusia telah dikaji sejak bayi lagi iaitu ketika di dalam kandungan. Kita dapat lihat pergerakan manusia bermula dari rahim ibu yang kemudiannya dilahirkan menjadi bayi dan kemudiannya membesar menjadi kanak-kanak. Apabila mengalami proses kematangan, mereka akan memasuki alam remaja yang banyak menimbulkan perbezaan dari aspek mental dan fizikal dan seterusnya menjadi seorang yang lebih dewasa. Peringkat terakhir dalam kitaran hidup manusia ialah kematian yang sememangnya tidak dapat dielakkan.

Kanak-kanak adalah seorang yang digelar budak atau anak kecil yang dimaksudkan sebagai manusia muda iaitu seorang yang belum mencapai baligh serta belum tahu untuk membuat keputusan dengan sendirinya. Perkembangan kanak-kanak ialah kajian proses dan mekanisme yang bertindak sewaktu perkembangan fizikal dan mental seorang bayi sebelum menjadi orang dewasa. Kanak-kanak terbahagi kepada dua iaitu kanak-kanak awal serta kanak-kanak pertengahan dan akhir, kanak-kanak awal dari usia bayi sehingga umur 6 tahun manakala kanak-kanak pertengahan dan akhir di antara 7 tahun sehingga 12 tahun. Akhirnya kanak-kanak pertengahan dan akhir adalah kanak-kanak mula ingin mengetahui sesuatu yang mereka lihat dan perhatikan.

Pertumbuhan Dan Perkembangan Fizikal Kanak-kanak Pertengahan dan Akhir

Peringkat pertengahan dan akhir kanak-kanak merupakan tempoh yang tenang dimana pertumbuhan dan perkembangan tidak terlalu pesat dan konsisten.

i. KETINGGIAN :
secara purata tinggi kanak-kanak bagi peringkat pertengahan dan akhir ialah sebanyak 2-3 inci setahun sehingga berumur 11 tahun. Purata tinggi kanak-kanak perempuan ialah 4 kaki atau 10¼ inci manakala purata tinggi kanak-kanak lelaki 4 kaki atau 9 inci

ii. BERAT BADAN :

Berat badan kanak-kanak akan bertambah sebanyak 5 hingga 7 paun setahun. Ini disebabkan pertambahan saiz tulang dan sistem otot serta organ tubuh badan tertentu. Peningkatan berat dan kekuatan motor pada kanak-kanak pertengahan dan akhir adalah dipengaruhi oleh faktor genetik dan senaman. Kanak-kanak lelaki pada peringkat ini lebih kuat berbanding kanak-kanak ak-kanak lelaki mempunyai lebih banyak sel otot. Perubahan fizikal yang sukar dilihat ialah tulang-tulang lembut kanak-kanak akan terus berkembang menjadi tulang yang matang. Walaubagaimanapun, pada peringkat ini tulang kanak-kanak adalah mudah patah

PERKEMBANGAN KEMAHIRAN MOTOR KASAR
Kanak-kanak peringkat ini mengalami perkembangan kemahiran motor yang cepat. Kemahiran motor kasar merupakan kawalan pada tingkah laku yang memerlukan banyak otot dan membolehkan kanak-kanak bergerak balas dengan persekitarannya. Perkembangan kemahiran motor banyak bergantung kepada perkembangan otak, keseimbangan badan dan peningkatan koordinasi mata-tangan kanak-kanak. Faktor perkembangan motor kanak-kanak ialah latihan, peniruan, genetik, perkembangan otak dan budaya.

PERKEMBANGAN KEMAHIRAN MOTOR HALUS
Kemahiran motor halus merupakan kemahiran menggunakan otot-otot yang kecil seperti jari dan tangan. Kanak-kanak yang mulai masuk ke alam persekolahan menjadikan otot mata dan tangan mencapai koordinasi yang lebih baik . Selain itu, kemahiran motor halus kanak-kanak peringkat ini bertambah baik . Ini dapat dilihat melalui :
i. Tulisan tangan mereka lebih kemas semasa tahun persekolahan
ii. Kanak-kanak enam tahun boleh memukul, menampal, mengikat tali kasut, dan membutang baju iii. Kanak-kanak berumur 10 hingga 11 tahun mula menunjukkan kemahiran mengendalikan sesuatu yang serupa dengan cara orang dewasa

SENAMAN BAGI KANAK-KANAK PERTENGAHAN DAN AKHIR


Senaman memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Mengikut kajian yang dibuat, kanak-kanak akan aktif selama 30 minit setiap hari. Kanak-kanak lelaki adalah lebih aktif berbanding dengan kanak-kanak perempuan. Beberapa cara untuk menggalakkan kanak-kanak membuat senaman adalah: i. Sekolah harus menawarkan lebih banyak aktiviti-aktiviti fizikal. ii. Sekolah harus memperbaiki aktiviti-aktiviti fizikal yang diperlukan kepada kanak- kanak.
SUKAN BAGI KANAK-KANAK PERTENGAHAN DAN AKHIR

Sukan membawa kesan positif dan negatif kepada kanak-kanak. Kesan positif menyertai sukan atau permainan adalah seperti berikut:
i. Kanak-kanak diberi peluang untuk belajar bagaimana untuk bertanding.
ii. Kanak-kanak juga berpeluang mempelajari estim kendiri ( self-esteem )
Kesan negatif kanak-kanak menyertai sukan atau permainan adalah seperti berikut :
i. Kanak-kanak berasa tertekan untuk mencapai kejayaan dalam sukan atau permainan

Perkembangan Emosi Kanak-Kanak Pertengahan Dan Akhir

DEFINISI EMOSI

Perkataan emosi ini berasal daripada perkataan Greek iaitu “ emovere “ yang membawa maksud “ untuk keluar “. Oleh itu, emosi merupakan tindak balas atau kebangkitan yang ditonjol keluar terhadap sesuatu perkara, objek, orang atau keadaan yang bertindak sebagai ransangan kepada perasaan emosi. Emosi juga akan ditonjol keluar sebagai satu bentuk bagi memenuhi kepuasan seseorang. Selain itu, emosi juga boleh ditakrifkan sebagai satu keadaan yang dialami oleh manusia yang melibatkan beberapa perubahan proses fisiologi, diri dan psikologi. ( Mohmood Nazar Mohamad, 1992 ). Emosi juga adalah merupakan penggerak utama bagi menggambarkan tingkah laku kanak-kanak khususnya peringkat pertengahan dan akhir. Hal ini kerana menerusi emosi yang dilahirkan, mereka dapat menonjolkan segala bentuk perkara yang dirasai serta yang difikirkan. Seterusnya, emosi juga adalah berbeza mengikut individu.

PERKEMBANGAN EMOSI PERINGKAT PERTENGAHAN KANAK-KANAK

Pada peringkat pertengahan kanak-kanak ini, kematangan emosi kanak-kanak sudah wujud iaitu berubah daripada keadaan tidak menentu kepada sifat berdikari dan efisien kendiri. Selain itu, emosi yang fleksible juga sudah timbul. Seterusnya emosi juga menjadi lebih spesifik, pelbagai dan kompleks. Pada peringkat ini juga kanak-kanak mengeluarkan banyak jenis perasaan seperti gembira, sedih dan sebagainya. Kanak-kanak juga mula belajar keadaan dan masa yang sesuai untuk mengeluarkan atau menyembunyikan perasaannya. Justeru, kawalan emosi ini dapat menggambarkan keadaan perkembangan kognitif kanak-kanak tersebut. Antara emosi yang wujud semasa peringkat pertengahan kanak-kanak adalah seperti :

i. Ketakutan dan kebimbangan

Ø Kadar ketakutan tentang keselamatan badan ( sakit ), binatang, bising, kegelapan dan ribut berkurang. Manakala ketakutan kepada semangat seperti hantu masih tinggi. Selain itu, kanak-kanak juga takut terhadap perkara yang berkaitan dengan sekolah ( contohnya ujian ) dan keluarga. Hal ini bersesuaian dengan meningkatnya sempadan sosial. Di samping itu, kanak-kanak pada peringkat ini juga bimbang akan penilaian atas dirinya dan kanak-kanak juga takut ditertawa, disisih serta tidak disokong oleh rakan, ibu bapa, dan guru. Selain itu, mereka juga sudah mula takut kehilangan ibu bapa mereka misalnya takut ibu bapa meninggal.

ii. Kemarahan dan perlakuan agresif

Ø Emosi marah yang ditonjolkan dalam bentuk fizikal seperti menendang, menolak dan memukul adalah perkara biasa. Selain itu pada peringkat pertengahan, kanak-kanak juga belajar untuk menyalurkan emosi marah secara lisan seperti mengutuk, menengking dan sumpah serta ekspresi yang pasif seperti menunding jari dan menjeling dengan marah. Seterusnya, sebelum bertindak agresif, kanak-kanak perlu “ memikirkan “ tentang niat dan motif orang lain. Hal ini juga sukar dilakukan oleh kanak-kanak yang kecil.

iii. Kegembiraan dan humor ( lawak )

Ø Emosi gembira wujud disebabkan oleh perasaan kanak-kanak ini diterima dan mereka mendapat kepuasan apabila berjaya melakukan sesuatu. Selain itu, emosi gembira ini juga wujud apabila kanak-kanak mendapat kepuasan untuk memenuhi perasaan ingin tahu mereka dan kewujudan kemahiran baru. Seterusnya, kanak-kanak juga mempunyai emosi gembira apabila dapat menguasai persekitaran baru, contohnya di sekolah rendah. Hal ini kerana apabila di sekolah, mereka dapat bersama rakan, mendapat hadiah dan cabaran membuat sesuatu yang baru .

iv. Perasaan sayang

Ø Perasaan sayang ini adalah abstrak dan memerlukan kematangan kognitif. Seterusnya kanak-kanak juga mempelajarinya lebih awal misalnya seperti perasaan manja dan rapat dengan ibu bapa. Perasaan ini juga dapat membentuk harga diri kanak-kanak. Kanak-kanak yang mengalaminya dapat melihat diri mereka sebagai subjek yang penting untuk disayangi oleh orang lain.

Di samping itu pada peringkat pertengahan juga kanak-kanak sudah pandai menyembunyikan emosi yang negatif dengan berpura-pura menunjukkan keseronokkan. Kanak-kanak pada peringkat ini juga sudah mula memahami dan menghurai emosi yang kompleks seperti perasaan malu, rasa bersalah dan sebagainya. Perasaan takut kanak-kanak mula berkembang kepada yang lebih realistik contohnya takut kepada kejadian jenayah. Pada peringkat ini juga kanak-kanak ingin disayangi dan amat memerlukan bantuan untuk mengenalpasti emosi marah agar tidak “out of control” dan mula belajar mengawal perasaan. Mereka juga memerlukan dorongan untuk mengatasi rasa takut dan sudah mula memahami keperluan kumpulan.

PERKEMBANGAN EMOSI PERINGKAT AKHIR KANAK-KANAK

Pada peringakat ini emosi kanak-kanak bertambah kompleks dan memerlukan pelbagai tuntutan. Selain itu, sesetengah daripada kanak-kanak ini dapat atau berjaya berhadapan dengan situasi-situasi mencabar ini.Terdapat juga yang tewas dan akhirnya membawa kepada pelbagai masalah tingkah laku seperti tekanan, ketakutan dan kebimbangan. Apabila melihat perkara yang menakutkan mereka akan menutup mata dengan tangan. Seterusnya, kanak-kanak pada peringkat ini lebih mudah memahami dan menangani tekanan berbanding peringkat awal kanak-kanak.




video di atas menunjukkan emosi gembira kanak-kanak pertengahan dan akhir

Thursday, April 1, 2010

Perkembangan Sosial Kanak-kanak Pertengahan Dan Akhir

FAKTOR EKONOMI KELUARGA MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN SOSIAL KANAK-KANAK PERTENGAHAN DAN AKHIR

Kanak-kanak yang berasal daripada kalangan yang berpendapatan rendah biasanya tinggal di kawasan yang mempunyai orang yang brependapatannn rendah juga seperti mereka dan juga hidup dalam keadaan yang susah serta mereka sentiasa berjimat-cermat dalam menguruskan kehidupan seharian mereka. isi rumah yang ramai menyebabkan kedua-dua ibubapa terpaksa keluar mencari rezeki untuk menyara kehidupan keluarga dan anak-anak mereka. keadaan ini menyebabkan kanak-kanak perlu mengurus dan menjaga keselamatan diri mereka sendiri pada usia yang muda. Ibubapa yang bekerja mengakibatkan kanak-kanak kurang diberi perhatian terutamanya dalam aspek keselesaan dan kesihatan fizikal mereka. ini menyebabkan kanak-kanak tersebut mudah terdedah kepada penyakit, kematian, perselisihan, keciciran dalam pelajaran mereka dan sebagainya lagi. Selain itu, kanak-kanak yang hidup dalam keadaan miskin ini juga akan menjadi lebih agresif dan akan bersifat menghukum dalam membentuk moral mereka. Mereka menjadi takut kepada kepercayaan tahayul dan keadaan yang berbahaya seperti pergaduhan, mabuk, budak jahat dan macam-macam lagi. Kanak-kanak ini juga akan menjadi kurang pandai dalam pelajaran mereka kerana kurangnya keperluan belajar.

Berbeza pula dengan kanak-kanak dari golongan berada. Kanak-kanak yang berada dalam golongan ini pula akan diberi perhatian dan lebih penekanan dalam penjagaan diri dan personaliti mereka. Mereka akan sentiasa berada dalam keadaan yang bersih, selamat dan lebih selesa berbanding dengan kanak-kanak dari golongan miskin. Selain itu, pencapaian mereka dalam pelajaran di sekolah juga adalah lebih baik berbanding dengan kanak-kanak sederhana.

2. CORAK KEIBUBAPAAN DAN PERKEMBANGAN SOSIAL KANAK-KANAK

Diana Baumrind ( 1967: 1971 ) menegaskan bahawa terdapat perkaitan rapat antara cara dan gaya setiap ibubapa dalam membimbing anak-anak mereka dengan perkembangan sosial dan juga konsep kendiri. Menurut Baumrind lagi, terdapat 3 jenis dan gaya keibubapaan iaitu authoritarian, permitif dan juga autoritatif. Ketiga-ketiga ini mempunyai perbezaan iaitu berasaskan peraturan keluarga, kawalan terhadap tingkah laku dan juga tahap penerimaan perbincangan dan sikap tolak ansur ibubapa.

A. Kanak-kanak dibesarkan oleh ibubapa mereka dengan dikenakan kawalan yang ketat pada tingkah laku anak dengan membuat peraturan-peraturan dan memastikan nilai-nilai dipatuhi oleh anak-anak di samping tidak membenarkan anak menyoal peraturan-peraturan dan nilai tersebut. Mereka juga tidak mengamalkan sikap bertolak ansur secara lisan dan percaya bahawa kanak-kanak harus menerima perintah tanpa soal. Apa saja keputusan yang dibuat oleh ibubapa tidak boleh dibantah. Ibubapa jenis ini biasanya ingin membentuk, mengawal dan menilai tingkah laku anak mereka mengikut piawaian mutlak. Pematuhan anak dinilai tinggi dan bagi membetulkan tingkah laku anak, ugutan mengenakan kuasa fizikal dilakukan. Mereka lebih cenderung menggunakan kaedah disiplin yang bersifat hukuman disebabkan mereka menitik beratkan kepatuhan anak. Ibubapa jenis ini tidak bersifat responsif terhadap anak, bersikap tidak fleksibel dan ketat dalam mengawal tingkah laku anak mereka. Oleh yang demikian mereka tidak cenderung untuk menggalakkan anak mereka berdikari.

B. Cara hidup keibubapaan dicirikan oleh komunikasi yang terbuka dan ibubapa kurang menekankan tingkah laku anak. Ibubapa jenis ini tidak membuat banyak permintaan terhadap anak mereka dan memberikan anak mereka kebebasan sepenuhnya. Mereka kurang menggunakan kawalan, penjelasaan, kuasa atau kekerasan untuk mengawal anak. Ibubapa jenis ini berkomunikasi secara terbuka dan tidak berusaha untuk membentuk tingkah laku anak mereka. Mereka berperanan sebagai sumber yang mematuhi kehendak anak dan bukan sebagai ajen-ajen aktif yang terlibat dalam penentuan tingkah laku anak. Mereka sering membiarkan anak mengatur aktiviti sendiri dan mengelakkan daripada menganakan kawalan terhadap anak. Walaubagaimanapun ibubapa jenis ini cuba menyediakan keadaan yang membimbangkan untuk perkembangan kanak-kanak tetapi gagal untuk memberi had batasan yang tegas kepada anak atau menghendaki anak bertingkah laku matang.

C. Peraturan dan had batasan tingkah laku tertentu dikenakan oleh ibubapa tetapi membenarkan komunikasi yang bersifat terbuka dan anak-anak juga turut diberi kebebasan untuk membuat keputusan sendiri dalam beberapa perkara. Ibubapa jenis ini bersifat fleksibel dan rasional dalam sikap dan pandangan serta menggalakkan kanak-kanak supaya berdikari. Walaupun mengenakan kawalan yang tegas tetapi memberikan kebebasan beransuran yang bersesuaian dengan tahap kemurungan anak.