Wednesday, March 31, 2010

Perkembangan Bahasa Kanak-kanak Pertengahan dan Akhir

Bahasa adalah suatu bentuk komunikasi, sama ada bercakap, bertulis, atau menggunakan symbol. Bahasa memainkan peranan penting dalam perkembangan kognitif kanak-kanak. Bahasa juga mempunyai perkataan-perkataan yang digunakan dalam sesuatu komuniti dan mempunyai peraturan tertentu. Seterusnya dengan mengunakan bahasa juga seseorang itu dapat merancang masa depan dengan sempurna serta bahasa- bahasa yang digunakan dapat menerangkan peristiwa-peristiwa lepas dengan lebih terperinci. Selain itu, bahasa juga dapat membentuk pemikiran dan emosi dengan mengenal pasti realiti pada sesorang pelajar. John Stuart Mill berkata bahawa bahasa ialah cahaya pada minda.
Menurut Piaget, semua kanak-kanak sejak lahir telah dilengkapi dengan alat nurani yang berbentuk mekanikal umum untuk semua kebolehan manusia termasuklah kebolehan berbahasa. Pertuturan bahasa mula dipelajari dengan tekun oleh kanak-kanak apabila mereka memasuki alam persekolahan. Peraturan bahasa termasuklah fonologi,(sistem bunyi), morfologi(mencantum unit-unit makna), sintaks (pertuturan yang ditetapkan untuk membuat ayat), semantik (sistem makna) dan pragmatik (peraturan untuk menggunakan kata-kata dalam dalam konteks yang berbeza-beza. Apabila kanak-kanak berumur lapan belas hingga dua puluh empat bulan kanak-kanak sudah mula boleh menggabungkan dua perkataan dan lebih. Kanak-kanak mula mengetahui bahasa dan fungsinya dalam aspek komunikasi. Mereka juga mewujudkan frasa-frasa, iaitu dengan menyebut lebih daripada satu perkataan.
Perubahan dalam bahasa atau pertuturan pada umur 5 tahun, kanak-kanak sudah mula bertutur dengan baik dan mula menguasai asas-asas bahasa seperti semantik, sintaksis, dan pragmatik, Ia berkembang dan diperbaiki apabila mereka mula meningkat dewasa. Pada masa ini Kanak-kanak sudah boleh belajar lebih dari satu perkara pada satu masa. Apabila kanak-kanak berada di peringkat sekolah rendah, mereka berkeupayaan untuk mewujudkan bunyi-bunyi bahasa dalam mencantumkan konsonan-konsonan kompleks. Kanak-kanak mula memperolehi konsep transformasi dan menguasai konsep kebalikan dan akhirnya mengamati proses sonsangan. Kanak-kanak boleh berfikir secara induktif atau deduktif serta dapat menguasai konsep masa dan kelajuan.

PERKEMBANGAN KOGNITIF SERTA TEORI DAN KAJIAN JEAN PIAGET




Teori dan Kajian Jean Piaget

Banyak kajian yang telah dijalankan oleh Piaget tentang bagaimana individu memproses maklumat dan mengemukakan pendapat tentang perkembangan kognitif manusia dalam bentuk tahap demi tahap. Oleh itu teori perkembangan piaget juga dikenali sebagai teori tahap.

Cara Minda Memproses Maklumat

Jean Piaget menggunakan metodologi kajian klinikal dalam mengkaji proses kognitif anak-anak iaitu melibatkan pemerhatian intensif pada mereka pada tiap-tiap hari semenjak lahir hingga remaja dalam persekitaran semulajadi. Pada pendapat piaget kanak-kanak lahir dengan tingkah laku refleks (menangis, menghisap dan menggapai), berkembang kepada tingkah laku bermatlamat, kemudian berkembang kepada tingkah laku menyelesai masalah. Menurut Piaget, kanak-kanak bina struktur kognitif dalam usahanya memahami persekitaran atau pengalaman. Oleh itu struktur kognitif kanak-kanak bertambah hari demi hari melalui data yang ditafsir dan disimpan oleh kanak-kanak tersebut.

Struktur kognitif terbahagi kepada tiga iaitu tingkah laku, simbolik dan operasi. Tingkah laku (behavioral) ialah pola aksi atau turutan tingkah laku yang digunakan oleh kanak-kanak untuk meneroka dan bergerak balas terhadap objek yang ada di persekitarannya. Simbolik pula diperolehi kanak-kanak semenjak berumur 2 tahun atau sejak boleh bercakap, kanak-kanak boleh berfikir tentang objek, pengalaman dan peristiwa. Simbolik membolehkan kanak-kanak menyatakan objek/peristiwa tanpa perlu kepada aksi atau menggunakan bahasa isyarat.

Operasi (operational)diperoleh apabila kanak-kanak berusia 6 atau 7 tahun iaitu apabila mereka boleh melakukan operasi logik atau aktiviti mental yang berkaitan dengan objek atau peristiwa. Juga dikenali sebagai menghasilkan pemikiran yang logik. Struktur kognitif berubah melalui proses organisasi dan adaptasi. Organisasi bermaksud individi mencantun struktur kognitif sedia ada untuk membentuk struktur kognitif baru yang kompleks. Adaptasi pula mengubah struktur kognitif semasa menemui objek, maklumat atau pengalaman baru melalui asimilasi dan akomodasi.Asimilasi bermaksud menambah maklumat baru atau perkaya struktur kognitif sedia ada. Misalnya: fatin nampak kucing dan diberitahu itulah kucing. Bila Fatin nampak arnab, Fatin sebut kucing. Inilah asimilasi iaitu maklumat diserap tanpa dibuat ubahsuai. Akomodasi bererti mengubahsuai struktur kognitif sedia ada untuk memahami maklumat baru. Dalam contoh di atas, bapa Fatin terdengar Fatin menyebut kucing apabila melihat arnab, bapanya menegur dengan memberitahu itu adalah arnab sebab dia melompat, tidak mengiau dan makan karot. Apabila kanak-kanak memperoleh maklumat baru maka terjadi ketidakseimbangan (disequilibrium) dalam pemikiran individu, untuk memperoleh semula keseimbangan (equilibrium), kanak-kanak perlu buat organisasi atau adaptasi pada struktur kognitif.

Peringkat Operasi Konkrit (7-11 tahun)

Menurut Piaget, pada peringkat ini kanak-kanak mengalami perkembangan pesat dalam proses operasi kognitif dan mengaplikasi kemahiran ini apabila berfikir tentang objek, situasi dan orang yang telah mereka lihat. Operasi kognitif adalah aktiviti mental dalaman yang membolehkan kanak-kanak mengubahsuai dan menyusun semula imej dan simbol dalam membuat rumusan atau keputusan yang logik. Beberapa pemikiran yang beransur-ansur dikuasai oleh kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit ini ialah pengekalan terutamanya isipadu dan berat, mengklasifikasi dan mengkategori serta juga berupaya membuat perkaitan logik (relational logic).

Pengekalan ( conservation )

Pengekalan bermaksud memahami bahawa perubahan objek atau susunan tidak mengubah cirinya atau sifatnya. Pengekalan berlaku pada isipadu atau kuantiti cecair,berat bahan pepejal seperti plastersin dan nombor. Seperti dalam rajah di bawah, sekiranya ditanya soalan kepada kanak-kanak berusia 7 tahun, bekas A atau B' yang banyak air, dia tentu menjawab B' kerana dia telah memperoleh konsep pengekalan isipadu air. Dia juga telah menguasai konsep 'tidak memusat' (decenter) iaitu boleh melihat kaitan tinggi dan lebar bekas air. Dia juga secara mental melakukan proses pembalikan iaitu menuang semula ke dalam bekas A. A dan B adalah 2 gelas yang sama besar diisi kandungan air. Air dalam bekas B dituang dengan air yang sama banyak kepada bekas tinggi iaitu bekas B'.


Mengklasifikasi

Kanak-kanak peringkat operasi konkrit boleh mengumpul benda-benda mengikut ciri-cirinya ke dalam kategori tertentu. Contohnya pengangkutan darat terdiri daripada kenderaan seperti kereta, lori, van, basikal, motosikal, trak, ambulance. Cirinya beroda 2, 4 atau lebih dan bergerak atas jalan raya. Begitu juga kereta api, LRT, Putera RT yang merupakan pengangkutan darat yang berjalan di atas landasannya.


Perkaitan Logik

Salah satu kebolehan penting peringkat operasi formal iaitu pemahaman yang lebih baik tentang perkaitan kuantitatif dan perkaitan logik. Contohnya guru memberi arahan "berbaris mengikut ketinggian, dari tinggi ke rendah". Arahan seperti ini mudah difahami oleh mereka yang berada di peringkat operasi konkrit. Mereka telah berkebolehan membuat persirian secara mental (mental seriation) iaitu kebolehan untuk menyusun dalam minda mereka senarai secara siri ketinggian atau berat. Mereka juga berkebolehan dalam 'transitiviti' iaitu menerangkan perkaitan antara elemen dalam sesuatu senarai. Contohnya, Fadlullah lebih tinggi daripada Redza. Redza pula lebih tinggi daripada Firdaus. Siapakah yang lebih tinggi, Fadlullah atau Redza? Mereka yang talah berada di peringkat operasi konkrit akan boleh memberi jawapan yang betul iaitu Fadlullah lebih tinggi daripada Firdaus.


Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak Peringkat Operasi Konkrit (7-11 tahun)

Kanak-kanak peringkat operasi konkrit juga secara beransur-ansur berubah daripada pemikiran egosentrik kepada pemikiran decentered atau objektif (slavin, 1997). Pemikiran decentered membolehkan kanak-kanak memahami bahawa persepsi orang lain berlainan daripada mereka. Contohnya bila seseorang kanak-kanak peringkat operasi konkrit ditanya, apakah bentuk awan yang dia lihat pada masa itu? Jawapannya mungkin arnab. Sementara kawannya nampak burung dan yang lain jawab pokok. Dia dapat menerima jawapan rakan-rakannya kerana dia memahami orang lain masing-masing mempunyai persepsi tersendiri.

Satu lagi kebolehan yang diperolehi oleh kanak-kanak peringkat konkrit ialah individu tersebut boleh memikirkan secara serentak tentang keseluruhan kumpulan objek dan hubungan di antara subordinate atau sub-kumpulan yang membentuk kumpulan besar tersebut. Kebolehan ini dinamakan 'class inclusion'.





IMPLIKASI TEORI KOGNITIF PIAGET




Dalam ilmu pendidikan teori piaget meninggalkan implikasi besar kepada teori dan praktisnya (Case dalam Slavin, 1997).teori ini berfokuskan kepada idea perkembangan pendidikan yang sepadan dan bersesuaian dengan kebolehan kognitif dan fizikal pelajar-pelajar. Teori beliau dianggap ‘ever Green’ iaitu yang sesuai sepanjang zaman kerana idea beliau mempengaruhi persekitaran pembelajaran, kurikulum, bahan dan metodologi pengajaran.
Antara implikasi beliau ialah guru harus fokus kepada proses pemikiran dan bukan kepada hasil atau produk akhir bagi memastikan kanak-kanak telah mengalami proses berfikir dengan betul. Pertanyaan yang harus dikemukakan adalah seperti: apa jenis logik yang kanak-kanak guna? Adakah kanak-kanak hanya guna satu aspek situasi sahaja? Adakah mereka terpengaruh kepada aspek luaran sesuatu?. Kanak-kanak digalakkan menggunakan strategi pemikiran yang mereka gunakan untuk menyelesaikan masalah. Kanak-kanak merupakan sumber maklumat paling baik tentang kebolehan pemikiramnya.

Piaget juga menggalakkan pelajar memainkan peranan penting dan melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran melalui penerokaan dan memperoleh pengetahuan melalui interaksi dengan persekitaran.

Piagetian atau pengikutnya menentang idea yang menjadikan pemikiran kanak-kanak seperti orang dewasa. Beliau tidak bersetuju supaya perkembangan kognitif kanak-kanak dipercepatkan (accelerated) melalui kaedah tertentu.hal ini kerana mereka percaya bahawa pengajaran ‘premature’ atau pengajaran yang dipaksa keatas kanak-kanak yang belum sampai pada tahap kematangan tertentu adalah sia-sia kerana kanak-kanak tersebut belum sedia untuk menerima ilmu dan kesannya lebih buruk dari tiada pembelajaran. Kanak-kanak menerima secara ‘superficial’ formula cara berfikir orang dewasa dan bukan melalui pemahaman sebenar mengenai sesuatu perkara (Johnson, 1982)

Menurut pendapat Piaget dan dipersetujuinya terdapat perbezaan individu dalam kecepatan sampai ke peringkat perkembangan tersebut. Semua orang harus melalui peringkat perkembangan kognitif yang sama tetapi masa untuk mereka sampai adalah berbeza. Oleh itu beberapa aktiviti pembelajaran perlu disediakan oleh guru sesuai dengan kebolehan berfikir dan keupayaan fizikal pelajarnya. Penilaian kebolehan pelajar harus setakat mana kebolehannya dan tidak perlu dibandingkan dengan pelajar lain.pendapat ini dipersetujui oleh Gardner (1983) dan Sternberg (1985) dengan menyatakan kecerdasan seseorang bergantung kepada proses penyelesaian masalah atau konteks di mana tiongkah laku tersebut dilaksanakan dalam usaha individu mengubah persekitaran supaya sampai ketahap keselesaan mengikut tafsirannya.