Wednesday, March 31, 2010

Perkembangan Bahasa Kanak-kanak Pertengahan dan Akhir

Bahasa adalah suatu bentuk komunikasi, sama ada bercakap, bertulis, atau menggunakan symbol. Bahasa memainkan peranan penting dalam perkembangan kognitif kanak-kanak. Bahasa juga mempunyai perkataan-perkataan yang digunakan dalam sesuatu komuniti dan mempunyai peraturan tertentu. Seterusnya dengan mengunakan bahasa juga seseorang itu dapat merancang masa depan dengan sempurna serta bahasa- bahasa yang digunakan dapat menerangkan peristiwa-peristiwa lepas dengan lebih terperinci. Selain itu, bahasa juga dapat membentuk pemikiran dan emosi dengan mengenal pasti realiti pada sesorang pelajar. John Stuart Mill berkata bahawa bahasa ialah cahaya pada minda.
Menurut Piaget, semua kanak-kanak sejak lahir telah dilengkapi dengan alat nurani yang berbentuk mekanikal umum untuk semua kebolehan manusia termasuklah kebolehan berbahasa. Pertuturan bahasa mula dipelajari dengan tekun oleh kanak-kanak apabila mereka memasuki alam persekolahan. Peraturan bahasa termasuklah fonologi,(sistem bunyi), morfologi(mencantum unit-unit makna), sintaks (pertuturan yang ditetapkan untuk membuat ayat), semantik (sistem makna) dan pragmatik (peraturan untuk menggunakan kata-kata dalam dalam konteks yang berbeza-beza. Apabila kanak-kanak berumur lapan belas hingga dua puluh empat bulan kanak-kanak sudah mula boleh menggabungkan dua perkataan dan lebih. Kanak-kanak mula mengetahui bahasa dan fungsinya dalam aspek komunikasi. Mereka juga mewujudkan frasa-frasa, iaitu dengan menyebut lebih daripada satu perkataan.
Perubahan dalam bahasa atau pertuturan pada umur 5 tahun, kanak-kanak sudah mula bertutur dengan baik dan mula menguasai asas-asas bahasa seperti semantik, sintaksis, dan pragmatik, Ia berkembang dan diperbaiki apabila mereka mula meningkat dewasa. Pada masa ini Kanak-kanak sudah boleh belajar lebih dari satu perkara pada satu masa. Apabila kanak-kanak berada di peringkat sekolah rendah, mereka berkeupayaan untuk mewujudkan bunyi-bunyi bahasa dalam mencantumkan konsonan-konsonan kompleks. Kanak-kanak mula memperolehi konsep transformasi dan menguasai konsep kebalikan dan akhirnya mengamati proses sonsangan. Kanak-kanak boleh berfikir secara induktif atau deduktif serta dapat menguasai konsep masa dan kelajuan.

No comments:

Post a Comment