Berbeza pula dengan kanak-kanak dari golongan berada. Kanak-kanak yang berada dalam golongan ini pula akan diberi perhatian dan lebih penekanan
2. CORAK KEIBUBAPAAN DAN PERKEMBANGAN SOSIAL KANAK-KANAK
Diana Baumrind ( 1967: 1971 ) menegaskan bahawa terdapat perkaitan rapat antara cara dan gaya setiap ibubapa dalam membimbing anak-anak mereka dengan perkembangan sosial dan juga konsep kendiri. Menurut Baumrind lagi, terdapat 3 jenis dan gaya keibubapaan iaitu authoritarian, permitif dan juga autoritatif. Ketiga-ketiga ini mempunyai perbezaan iaitu berasaskan peraturan keluarga, kawalan terhadap tingkah laku dan juga tahap penerimaan perbincangan dan sikap tolak ansur ibubapa.
A. Kanak-kanak dibesarkan oleh ibubapa mereka dengan dikenakan kawalan yang ketat pada tingkah laku anak dengan membuat peraturan-peraturan dan memastikan nilai-nilai dipatuhi oleh anak-anak di samping tidak membenarkan anak menyoal peraturan-peraturan dan nilai tersebut. Mereka juga tidak mengamalkan sikap bertolak ansur secara lisan dan percaya bahawa kanak-kanak harus menerima perintah tanpa soal. Apa saja keputusan yang dibuat oleh ibubapa tidak boleh dibantah. Ibubapa jenis ini biasanya ingin membentuk, mengawal dan menilai tingkah laku anak mereka mengikut piawaian mutlak. Pematuhan anak dinilai tinggi dan bagi membetulkan tingkah laku anak, ugutan mengenakan kuasa fizikal dilakukan. Mereka lebih cenderung menggunakan kaedah disiplin yang bersifat hukuman disebabkan mereka menitik beratkan kepatuhan anak. Ibubapa jenis ini tidak bersifat responsif terhadap anak, bersikap tidak fleksibel dan ketat dalam mengawal tingkah laku anak mereka. Oleh yang demikian mereka tidak cenderung untuk menggalakkan anak mereka berdikari.
B. Cara hidup keibubapaan dicirikan oleh komunikasi yang terbuka dan ibubapa kurang menekankan tingkah laku anak. Ibubapa jenis ini tidak membuat banyak permintaan terhadap anak mereka dan memberikan anak mereka kebebasan sepenuhnya. Mereka kurang menggunakan kawalan, penjelasaan, kuasa atau kekerasan untuk mengawal anak. Ibubapa jenis ini berkomunikasi secara terbuka dan tidak berusaha untuk membentuk tingkah laku anak mereka. Mereka berperanan sebagai sumber yang mematuhi kehendak anak dan bukan sebagai ajen-ajen aktif yang terlibat dalam penentuan tingkah laku anak. Mereka sering membiarkan anak mengatur aktiviti sendiri dan mengelakkan daripada menganakan kawalan terhadap anak. Walaubagaimanapun ibubapa jenis ini cuba menyediakan keadaan yang membimbangkan untuk perkembangan kanak-kanak tetapi gagal untuk memberi had batasan yang tegas kepada anak atau menghendaki anak bertingkah laku matang.
C. Peraturan dan had batasan tingkah laku tertentu dikenakan oleh ibubapa tetapi membenarkan komunikasi yang bersifat terbuka dan anak-anak juga turut diberi kebebasan untuk membuat keputusan sendiri dalam beberapa perkara. Ibubapa jenis ini bersifat fleksibel dan rasional dalam sikap dan pandangan serta menggalakkan kanak-kanak supaya berdikari. Walaupun mengenakan kawalan yang tegas tetapi memberikan kebebasan beransuran yang bersesuaian dengan tahap kemurungan anak.
No comments:
Post a Comment